Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Advertisements

Selamat tinggal Adra

 

“Nangis, nangis dan nangis!” Bentak Adri kepada adiknya yang baru berusia 60 hari. Tetapi tangisan itu hari ini tidak lagi didengarinya. Peristiwa hari ini bakal menjadi sejarah yang sentiasa terpahat di ingatan.

Adri anak sulung kami memang nakal budaknya. Usianya kini 5 tahun dan bakal menjengah usia tadika tahun hadapan. Hari-hari biasa kami tempatkan dia di Nurseri Umi Setia Kasih,  Danau Kota. Namun sementara umi cuti bersalin, dia tinggal dirumah. Mahu membantu umi katanya walhal siaran TV semuanya habis ditelaah. Sesekali umi minta Adri menjaga adiknya Adra. Hanya setakat mengacah dan menyuapkan botol susu ke mulutnya sahaja. Tika itulah keluh penat, malas dan macam-macam lagi didengar.

“Umi, Adra gelak kat abang,” sesekali si abang mengacah dan menjerkah adiknya.

“gag..ga.. ga,” tawa Adra terlalu galak sehingga menampakkan gusinya. Belum sebatangpun giginya tumbuh. 

Tetapi itu semua hanya sehingga petang semalam. Pagi ini dengan linangan air mata Adra meninggalkan umi dan abangnya. Tiada lagi gelak tawa mahupun tangis ceria. Tiada lagi bentak dan keluh si abang. Rumah terasa sangat kosong. Sekosong  jiwa umi yang mula berkerja hari ini.

Selamat tinggal Adra, umi mula kerja hari ini. 

Buka mata

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kehidupan seharian sentiasa dilingkari oleh masa. Setiap detik, saat dan waktu terakam memberi kita pengalaman dan memori. Setiap dari kita tidak terlepas dari waktu tawa dan sendu. Blog ini akan memaparkan tawa dan sendu dua insan teristimewa dalam hidup kami. Adri Hamizan dan Adra Hani Qalesya yang akan sentiasa membawa sendu tawa pada kami… 

“BismillahirRahmanirRahim
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.”
(Surah Al-Mu’minun Ayat 12-14)

            Adri Hamizan                 Adra Hani Qalesya